MAKLUMAT PROGRAM

IPEC2026 — Innovation Product Exhibition Competition

Ketahui penerangan program, syarat penyertaan dan kategori pertandingan yang terlibat.

Penerangan Program

IPEC2026 (Innovation Product Exhibition Competition 2026) ialah pertandingan pameran produk inovasi anjuran Kolej Komuniti Temerloh. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan pelajar menghasilkan produk atau penyelesaian inovatif yang kreatif, praktikal dan berimpak — sama ada berdasarkan projek akhir pengajian atau idea baharu yang menyelesaikan masalah sebenar dalam masyarakat. Peserta boleh menyertai secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang).

Syarat Pertandingan

1. Terbuka kepada semua pelajar berdaftar Kolej Komuniti Temerloh.
2. Penyertaan secara individu ATAU berkumpulan (maksimum 3 ahli setiap kumpulan).
3. Setiap penyertaan WAJIB memilih satu kategori (Semester Akhir / Terbuka); bagi kategori Terbuka, WAJIB pilih satu tema.
4. Poster dan laporan projek WAJIB dihantar dalam format PDF melalui pautan Google Drive yang dikongsikan.
5. Hasil karya mestilah asli dan bebas plagiarisme, tertakluk kepada Kod Etika Pertandingan.
6. Kumpulan bertanggungjawab menyediakan bahan pameran sendiri; keperluan sambungan/plag elektrik hendaklah dimaklumkan semasa pendaftaran.
7. Keputusan panel juri adalah muktamad.

Kategori Pertandingan

Setiap kumpulan mendaftar di bawah SATU kategori berikut:

Kategori 1

Semester Akhir

Terbuka kepada pelajar yang membentangkan Projek Akhir Pengajian (Final Year Project) yang telah disiapkan sepanjang tempoh pengajian sebagai sebahagian keperluan kursus.

Kategori 2

Terbuka

Terbuka kepada sebarang produk atau penyelesaian inovatif baharu, tidak semestinya projek akhir pengajian. Setiap penyertaan dalam kategori ini WAJIB memilih salah satu tema di bawah.

Tema (a)

Inovasi Teknologi dan Digital

Inovasi berasaskan teknologi, perisian, aplikasi mudah alih/web, automasi, IoT, kecerdasan buatan atau sebarang penyelesaian digital lain.

Tema (b)

Inovasi Sosial dan Kelestarian

Inovasi yang memberi impak sosial kepada masyarakat, atau menyokong kelestarian alam sekitar, penjimatan sumber dan amalan hijau.

Muat Turun

Garis Panduan Pertandingan, Template Poster dan Template Laporan Projek boleh dimuat turun terus daripada Google Drive rasmi pertandingan.

Muat Turun (Google Drive)

Log Masuk